top of page

BAHAN AUGMENTED REALITY

 

 

Ahli 1 : Nur Hafizah binti razali

Ahli 2 : Nik Nurasyikin Binti Nik Ali

Ahli 3 : Siti Khatizah Binti Safiyuddin

cover depan.jpg

Ahli Kumpulan

" KIT BIJAK SIFIR "

​

Pembanggunan aplikasi kit bijak sifir ini untuk meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid sekolah rendah.

Tajuk projek 

logo AR.png

Setiap zaman negara Malaysia telah banyak berubah kearah perkembangan teknologi dan sekarang negara juga tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi Augmented Reality. Sejak diperkenalkan dengan teknologi Augmented Reality, Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada guru serta pelajar untuk membangunkan aplikasi menggunakan Augmented Reality untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dengan menggunakan aplikasi dari Augmented Reality dapat menarik minat pelajar untuk lebih aktif dan membabitkan diri dalam pembelajaran di sekolah atau luar sekolah terutamanya pelajar sekolah peringkat rendah.Pembangunan Augmented Reality ini dibangunkan untuk pelajar sekolah rendah yang mana melibatkan hasil operasi iaitu hasil tambah, tolak, darab dan bahagi. Dengan pembangunan Augmented Reality ini dapat meningkatkan lagi kemahiran operasi dalam kalangan pelajar sekolah serta menarik pelajar untuk lebih berfikir cara menyelesaikan hasil dari operasi yang diberikan. 

Pengenalan

photo6113966257905707462.jpg

Aplikasi AR " Kit Bijak Sifir "

Carta Alir Kit Bijak Sifir

Pembangunan aplikasi Augmented Reality Kit Bijak Sifir ini direka bentuk dan dibangunkan untuk membantu para pelajar di sekolah rendah terutamanya para pelajar Tahap satu sekolah rendah untuk menguasai sifir dengan lebih mudah. Dengan rekaan aplikasi Kit Bijak Sifir yang interaktif dan bersesuaian dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas akan menarik minat murid untuk menguasai sifir asas ini sekali gus membantu mereka menguasai mata pelajaran ini dengan mudah.

Pembanggunan kit bijak sifir ini mempunyai tiga bahagian iaitu sifir hafal, sifir tanpa hafal dan ujian sifir. Bahagian sifir hafal mempunyai sembilan cabang sifir daripada sifir satu sehingga sifir sembilan. Manakala bagi sifir tanpa hafal mempunyai empat cabang iaitu kaedah jam, kaedah kotak,kaedah jari dan lattice. Akhir sekali bahagian ujian sifir yang mengandungi 15 soalan.

Galeri Kit Bijak Sifir

© 2019 by fyzah razaly created with Wix.com

Follow me

  • blogger-square
  • facebook-square
  • linkedin-square
  • Twitter Square
bottom of page