top of page

Teknologi Multimedia

​

​

Apabila membincangkan mengenai perkakasan multimedia,ianya secara tidak langsung melibatkan beberapa komponen utama seperti sistem komputer serta perkakasan asanya dan juga perkakasan tambahan yang berkaitan dengan teknologi multimedia itu sendiri.
Kitaran IPOS adalah kependekan bagi perkataan input, proses, output dan storan. Ini disebabkan kesemua peranti ini terlibat secara langsung dengan proses pembangunan aplikasi multimedia tidak kira sama ada ianya melibatkan pembangunan perisian kursus multimedia, perisian aplikasi multimedia, animasi, audio, video dan juga web.

PERKAKASAN MULTIMEDIA

komputer merujuk kepada komputer mikro yang biasa kita gunakan dalam banyak aktiviti harian. Sistem komputer ini beroperasi berasaskan pemproses mikro dan mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan dan peranti storan. Kebanyakan komputer adalah berasaskan kepada sistem windows dan ini selari dengan keperluan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, di sesetengah organisasi terutamanya organisasi yang berasaskan penerbitan, percetakan, grafik, dan multimedia, sistem berasaskan Macintosh lebih digemari. Ini adalah kerana system tersebut dikatakan sesuai untuk operasi-operasi kerja berasaskan bidang penerbitan, pencetakan dan juga multimedia.

 Komputer

Pembesar suara ialah menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Pembesar suara pada peralatan elektrik adalah seperti radio, televisyen, dan lain-lain. Nilai suara yang dilabelkan dengan nilai mpedans(ohm), nilai kuasa(watt) dan diameter kon. Bahagian pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, teras besi, gegelung, kerangka dan tamatan.

Tablet grafik (Drawing table)

Drawing table adalah perangkat keras(hardware) atau input device computer yang membolehkan pemakainya untuk menggambar dengan tangan dan memasukkan gambar atau sketsa langsung ke komputer, layaknya menggambar di atas kertas menggunakan pensil. Sebuah graphic table terdiri dari tablet digital dan sebuah kursor ataupun sebuah pena digital (pen). Tablet digital memiliki permukaan yang pipih sebagai alas gambar yang terdiri atas perlengkapan elektronik yang dapat mendeteksi gerakan kursor atau pena digital kemudian menerjemahkannya menjadi sinyal digital yang dikirim langsung ke komputer. Setiap titik atau gerakan pada tablet merepresentasikan titik atau gerakan pada layer monitor, inilah yang membedakannya dengan fungsi mouse yang tergantung pada letak kursor. Hasil gambar tidak akan terlihat pada tablet itu sendiri, melainkan pada monitor komputer.

Pembesar suara (Speaker)

Tetikus (Mouse)

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Tertikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap(window). Tertikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan aturcara penerbitan meja. Apabila tertikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tertikus tersebut berada.

Mikrofon(Microphone)

Mikrofon adalah untuk mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik. Gelombang elektrik yang terhasil ditinggikan oleh amplifier dan ditukarkan kepada gelombang bunyi oleh pembesar suara. Binaan mikrofon terdiri daripada traduser, litar elektronik dan penghadang angin.

Pencetak (Printer)

Printer adalah suatu alat yang disambung ke paranti komputer dan mencetak hasil kerja komputer baik berupa teks, gambar ke media kertas atau seumpamanya. Proses tersebut diperintahkan oleh komputer dan dikeluarkan melalui selari port untuk melaksanakan tugasnya iaitu mencetak.

Pengimbas (Scanner)

Peranti pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, lukisan, dan gambar foto dalam bentuk konvensional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Pengimbas menggunakan pancaran laser dan peranti foto elektrik untuk mengimbas teks dan grafik. Hasil imbasan ditukarkan kepada maklumat digital yang difahami oleh komputer. Imej yang telah melalui proses imbasan ini kemudiannya akan di manupulasikan mengikut rasa agar menepati konsep atau kegunaan sesebuah aplikasi multimedia yang hendak dibangunkan. Terdapat beberapa jenis pengimbas yang utama dan setiap satu memainkan perana yang berbeza.

© 2019 by fyzah razaly created with Wix.com

Follow me

  • blogger-square
  • facebook-square
  • linkedin-square
  • Twitter Square
bottom of page