top of page

Teknologi

dan Animasi

Read my musings and ramblings >>

PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada abad ini membuka lebih ruang untuk pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika teknologi maklumat digunakan kerana ia boleh menambahkan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. kemahiran teknologi maklumat menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.

Lam_Blog_Technology_in_Education.jpg

“Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.”

 

- Galbraith (1967)-​

PENGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN DI DUNIA

Sila menonton Video yang telah disediakan. Selamat meneroka...

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad ke-21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikanya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan

Untuk membaca lebih lanjut, sila klik >>

PENGENALAN TEKNOLOGI ANIMASI

Animasi adalah susunan gambar statik atau kaku  (static graphics) yang dibuat efek sehingga seolah-olah bergerak itulah yang disebut animasi. Tulisan yang muncul dari tepi ke tengah, atau gambar yang dapat bergerak-gerak dari menghadap kiri berubah ke kanan atau gambar yang seolah-olah menunjukan gambar kartun yang sedang berlari-lari atau juga berjalan, itu adalah contoh animasi yang sederhana.

21632-disney-characters.jpeg

"Animasi adalah proses rakaman dan memainkan semula urutan yang diam untuk mencapai ilusi gerakan yang berterusan",

 

-  Ibiz Fernandez McGraw- Hill/Osborn, California, 2002-​

ANIMASI

​

Untuk animate (menghidupkan) adalah memberi hidup kepada objek, manakala 
Animating pula pergerakan sesuatu yang tidak boleh bergerak sendiri kerana Animasi merupakan pernambahan grafik dimensi masa, yang meningkatkan potensi menghantar maklumat yang dikehendaki. selain itu, untuk bernyawa dan animator perlu menentukan secara langsung atau tidak langsung bagaimana "objek" perlu bergerak melalui masa dan ruang.

​

Animasi didefinisikan sebagai :

​

Suatu sequence gambar yang ditampilkan pada rangka waktu (timeline) tertentu sehingga tercipta sebuah ilusi gambar bergerak. Animasi disebut Kerana ia suatu benda atau gambar yang kaku menjadi bergerak. selain itu, animasi muncul disebabkan keinginan manusia untuk membuat gambar yang hidup dan bergerak sebagai perantara dari pengungkapan apa yang mereka pikirkan. Munculnya idea animasi ini apabila menemukan prinsip dasar animasi adalah dari perwatakan manusia iaitu : persistance of vision (pola penglihatan yang teratur). Paul Roget, Joseph Plateau dan Pierre Desvigenes, melalui peralatan optik yang mereka ciptakan, berhasil membuktikan bahawa mata manusia cenderung menangkap urutan gambar-gambar pada timeline tertentu sebagai sebuah pola.

​

ANIMASI 2D DAN 3D MANA LEBIH BAIK

Sila menonton Video yang telah disediakan. Selamat meneroka...

WEBSITE MEMBER

© 2019 by fyzah razaly created with Wix.com

Follow me

  • blogger-square
  • facebook-square
  • linkedin-square
  • Twitter Square
bottom of page