top of page
Read my musings and ramblings >>

Teknologi

dalam Pendidikan

​

​

Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet
Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun
1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang
membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian Internet.

​

INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Internet Sebagai Sumber Rujukan


Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat. Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turut mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan
golongan profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita, majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai. 

Perkongsian Maklumat dengan Internet


Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’
atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia.

Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan melalui perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENET yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasa pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yang telah berjaya. 

Meluaskan Pengetahuan 

Bahan Bantu Mengajar 

Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran. Inimemandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponen komponen lain seperti laman-laman Web, malah menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan penglibatan aktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif. Konsep tersebut bukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan, malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatan pendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan secara interaktif menerusi Internet sama ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penglibatan secara langsung di antara pihak penerima dan penyampainya. Sebagai contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantar dan menyemak tugasan boleh dilakukan menerusi talian. Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar kerana walau apapun kaedah pengajaran yang dipilih, penglibatan pelajar secara aktif perlulah diberi keutamaan. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlu dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar.

Bukti kepentingan Internet dalam Pendidikan


Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada dan Amerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahun dahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalam pendidikan adalah sangat besar. Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan para pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan Persekitaran Pembelajaran Bestari sebagai susulan daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar. Program yang digubal oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak pengamal dan penggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internet yang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasar ke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet.

Lima Teknologi yang Akan Menukar Pendidikan dalam Kelas

Sila menonton Video yang telah disediakan. Selamat meneroka...

© 2019 by fyzah razaly created with Wix.com

Follow me

  • blogger-square
  • facebook-square
  • linkedin-square
  • Twitter Square
bottom of page